
JOHOR BAHRU: Ibu bapa seorang tahanan di Pusat Koreksional Johor Bahru, Ulu Choh, Pontian meminta penjelasan pihak berkuasa mengenai keadaan kesihatan anak lelaki mereka yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) minggu lepas.
S Pannir, 51, berkata beliau hanya mengetahui perkara itu apabila ke mahkamah untuk mendengar prosiding anaknya, P Jagdesshraj, 21, pada 20 Jan lepas.
Menurutnya, mahkamah memaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak hadir kerana dimasukkan ke wad hospital.
“Saya difahamkan Jagdesshraj dibawa ke hospital pada 20 Jan namun dibawa pulang semula ke penjara reman sebelum tahanan lain mendesak pihak penjara menghantar semula anak saya ke hospital untuk dapatkan rawatan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri peguam keluarga Dinesh Muthal.
“Saya…