
PETALING JAYA: Lelaki warga Myanmar yang ditahan polis di Pasir Mas, Kelantan semalam meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 hari ini.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Azri Ahmad berkata, lelaki berkenaan ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 oleh anggota balai polis Jeram Perdah, Pasir Mas
“Ujian awal mendapati Orang Kena Tahan (OKT) positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.
“OKT dimasukkan ke wad Covid-19 pada 25 Feb 2022 lebih kurang 4 petang dan pada 26 Februari OKT telah disahkan meninggal dunia.
“Punca kematian adalah disebabkan OKT positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan.
Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan…