Pelakon dan penyanyi Ika Nabella malam tadi (23 Oktober 2019) memaklumkan dia telah selamat melahirkan bayi sulungnya.
Bayi lelaki seberat 3.25kg tersebut turut dilahirkan di sebuah hospital di ibu negara.
Berita gembira berkenaan diberitahu menerusi laman Instagram milik Ika Nabella sejurus melahirkan bayi tersebut secara normal.
Rata-rata pengikut di laman sosial tersebut memberi respon positif selain mengucapkan tahniah kepada pelakon tersebut.

Sumber daripada: Instagram Ika Nabella