
PETALING JAYA: Ketua menteri Sarawak yang paling lama berkhidmat, Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia.
Taib merupakan ketua eksekutif kerajaan negeri yang paling lama berkhidmat, memimpin Sarawak selama 33 tahun dari 1981 hingga 2014.
Beliau juga merupakan Ahli Parlimen yang kedua paling lama berkhidmat, mewakili Kota Samarahan selama 38 tahun dari 1970 hingga 2008.
Beliau berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari 2014 hingga penghujung Januari lalu.
Diangkat oleh Premier Sarawak, Abang Johari Openg, sebagai bapa pemodenan Sarawak, pemerintahan beliau menyaksikan Sarawak membangun dengan pelbagai projek prasarana.
Taib juga dilihat sebagai kuasa penyatu di sebalik kestabilan dan keharmonian Sarawak.
Taib dilahirkan di Miri, Sarawak pada 21 Mei 1936 dan anak sulung Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya’kub, daripada 10 adik beradik.
Beliau pernah berkhidmat sebagai hakim bersekutu di…