Pempengaruh dan usahawan sensasi, Hafiz Mahamad akhirnya tampil memberikan penjelasan susulan tuduhan menyebar fitnah pada agama yang dibuat oleh akaun bernama Hindutva Knight di platform X pada Julai lalu.
Menerusi perkongsian terkini di ruangan Instagram, Hafiz menyeru agar netizen tidak menilai berdasarkan apa yang mereka lihat dek kerana ia boleh mendatangkan fitnah.
“Hanya dengan satu scene dan beberapa saat saya ada dalam video ni awak (media berkenaan) dah keluarkan kenyataan begini.
“Bila saya lihat hantaran awak, hantaran awak lebih objektifkan untuk mengelirukan orang ramai tentang agama, tak kira la agama Hindu atau agama lain,” katanya.
Bertanggungjawab atas salah faham yang berlaku
Dalam pada itu, sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap agamanya, Hafiz tampil dengan video berdurasi 15 minit disertai dengan infografik berbentuk 3D, simulasi ketika berada di hadapan Kaabah dan sari kata Bahasa Inggeris untuk kefahaman umum.
View this post on Instagram
Malah, segala input yang dimasukkan ke dalam video tersebut juga telah dirujuk dengan ilmuan hebat iaitu Dr. Kamilin bin Jamilin.
Katanya, hantarannya di media sosial hari ini bukanlah cubaan untuknya menegakkan benang yang basah atau membersihkan namanya, sebaliknya terpanggil untuk membidas dan memperbetulkan kenyataan Hindutva Knight yang telah mengelirukan banyak pihak serta memfitnah agama Islam.
“Apabila awak sentuh tentang Islam, saya sebagai orang Islam dan saya bertanggungjawab di atas nya. Awak yang saya maksudkan adalah media.
“Segala mesej dari awal sampai akhir video ini adalah ditujukan untuk awak.
“Saya akan jelaskan satu per satu bagaimana Islam pentingkan keselamatan wanita Muslim,” jelasnya.
View this post on Instagram
Terdahulu, pengguna laman sosial X dengan nama Hindutva Knight (@HPhobiaWatch) berkongsi semula video yang pernah dimuatnaik Hafiz sebelum ini sebagai bahan fitnah sekaligus mendakwa telah berlakunya gangguan berbentuk fizikal dan seksual terhadap golongan wanita ketika berada di kota suci Mekah.