Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Tak Ada Idea Nak Serve Apa Untuk Tetamu? Cuba Resepi Roti Sangkaya Yang Senang & Sedap Ini

today31 May 2022

Background


1. Pertama sekali, potong 6 helai daun pandan ke dalam blender dan masukkan sedikit air lalu kisar.

2. Tapis air daun pandan yang telah dikisar sebentar tadi.

3. Kemudian, masukkan 1 biji telur, satu sudu gula melaka dan dua sudu gula pasir.

4. Seterusnya, tuangkan 3/4 santan kotak dan kacau sehingga sebati.

5. Jika anda inginkan sangkaya berwarna hijau yang lawa, boleh masukkan sedikit pewarna hijau. Kalau tak letak pun rasanya masih sama.

6. Kemudian, masukkan sedikit garam dan satu sudu tepung jagung. Kacau sehingga sebati.

7. Selepas itu, panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga smooth dan tiada ketulan.

8. Sangkaya pun dah siap! Bolehlah makan dengan roti. Anda boleh kukus roti terlebih dahulu atau makan begitu sahaja. Dua-dua sedap.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Lily Nazeera


Previous post