Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Tak Ada Istilah Buli, Hormat Satu Sama Lain” – Zamarul Hisham

today28 November 2024

Background

Pelakon, Zamarul Hisham mengutamakan kehormatan antara satu sama lain sebagai aspek penting terutamanya dalam industri lakonan.

Ketika ditemui XTRA, Zamarul berkata tiada istilah buli dalam lakonan, sebaliknya aktor berkaliber ini berpendapat bahawa pembawaan diri adalah cerminan yang mencorakkan langah mereka dalam bidang ini.

“Tak ada istilah buli dalam lakonan ni. Misal kata kalau awal-awal datang set penggambaran dah tak hormat orang, sibuk main telefon, ajak rehearsal tak nak tapi masuk menyusahkan orang.

“Sepatutnya datang set penggambaran salam otai-otai, bersembang.. Bila dah rapat, kalau buat silap tak kena marah,” katanya.

Zamarul berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Sementara itu, Zamarul berkata pelakon baharu pada zaman kini seolah-olah tidak mempunyai perjalanan serius dalam dunia lakonan.

“Saya kalau jumpa Nasir Bilal Khan, saya tunduk rendahkan diri saya untuk cium tangan sebab tanda hormat.

“Masalah mereka yang baru ini adalah minat berlakon itu untuk mencari rezeki atau hanya untuk ‘glamour’ sebab kebanyakannya datang dari pempengaruh sosial media. Dunia lakonan dan sosial media adalah dua dunia yang berlainan.

“Mereka perlu faham kerja. Kita tegur ikut cara mereka menghormati kita,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Zamarul bakal muncul dalam drama bersiri ‘Langit Ke Tujuh’ arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah ini turut dibintangi oleh Nora Danish, Faezah Elai, Farahdhiya dan Nafiz Muaz.

Written by: Aqilah


Previous post