Hot FM

Tak ada keperluan rombak barisan exco Kedah, kata Sanusi


Menteri Besar Kedah Sanusi Nor kata beliau tidak ada terima arahan daripada kepimpinan tertinggi PN supaya ambil tindakan seperti Kelantan.
PETALING JAYA:

Dua ahli Bersatu yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kedah akan dikekalkan, menurut Menteri Besar Sanusi Nor.

Beliau berkata, kerajaan Kedah tidak mempunyai keperluan untuk merombak barisan exco, walaupun kerajaan Kelantan yang juga ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak menyambung pelantikan dua exco Bersatu.

Sanusi berkata, barisan exco sedia ada akan dikekalkan kerana tiada sebarang masalah yang memerlukan perubahan dilakukan pada ketika ini.

“Mungkin ada keperluan di sana (Kelantan), namun di sini (Kedah) tak ada keperluan untuk rombak barisan exco,” katanya, lapor Urus Setia Penerangan Darul Aman di Facebook.

“Kita dalam konteks Kedah, kita buat cara Kedah. Tak ada masalah, tak perlu gugur, tak payah lantik apa-apalah. Kita kekalkan yang sedia ada.”

Sanusi menambah, beliau juga tidak menerima…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version