
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju dengan cadangan seorang aktivis supaya kerajaan membenarkan pekerja asing bertukar kerja bagi membebaskan diri daripada menjadi buruh paksa.
Presiden MEF Syed Hussain Husman berkata ia tidak adil kepada majikan awal yang telah menghabiskan banyak wang ketika mula mengambil mereka bekerja.
“Perlu ditegaskan bahawa anggaran kos RM7,000 tidak mengambil kira yuran ejen di negara sumber dan pelbagai kos berkaitan Covid-19, seperti vaksinasi lengkap dan ujian saringan sebelum berlepas,” katanya kepada FMT.
“Semua kos tambahan berkaitan sebelum berlepas di negara sumber yang perlu ditanggung majikan mungkin melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja asing.”
Dalam cadangannya baru-baru ini, aktivis hak asasi migran Andy Hall…