
PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) menyanggah cadangan Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani supaya syarikat yang membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menempatkan mereka di sektor pekerjaan dikenakan kompaun tinggi sehingga RM30,000 setiap seorang.
Presiden Soh Thian Lai menggesa kerajaan perkenalkan sistem untuk menyiasat kes-kes sedemikian terlebih dahulu, dan tidak secara automatik mendenda majikan.
“Tidak adil sekiranya pihak berkuasa segera menyalahkan majikan tanpa siasatan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.
“Ada kemungkinan ejen tidak bertanggungjawab yang membawa masuk pekerja dengan janji-janji kosong, sambil melakukan penipuan dengan memalsukan dokumen.”
Johari dalam cadangannya berkata kompaun tinggi boleh digunakan semula untuk menanggung kos penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal, berbanding…