Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang bergaduh dengan pak cik guard yang sedang bertugas. Dia juga dilihat siap membawa alatan untuk mencabut palang yang terdapat di situ.
Menurut posting Hafiz Mansor, pemuda itu memang seringkali mencari masalah. Dia tinggal di perumahan tersebut tetapi enggan untuk membayar yuran.
“Bila guard minta ID dia tak mau bagi dan tekan hon panjang dan lama sampai jem jalan nak masuk. Boleh dikatakan setiap hari macam ni kalau guard tak bagi masuk dan dia akan buat bising.”
“Report polis pengurusan pernah buat sebelum ni tapi tak berkesan juga. Hari ni dia datang siap bawak tools nak buka palang dan nampak macam ada ugutan dekat guard”, katanya.