
PETALING JAYA: Timbalan Ketua Bersatu Selangor Rafiq Abdullah menafikan wujud ‘petua’ oleh Presiden Muhyiddin Yassin supaya tiada pertandingan bagi jawatan naib presiden pada pemilihan parti bulan depan.
Rafiq yang juga salah seorang daripada enam calon bagi jawatan itu mendakwa, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebelum ini hanya membincangkan kedudukan Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dan Azmin Ali.
Perkara itu dibincangkan kerana mereka ‘sayang’ dengan tiga pemimpin terbabit yang banyak memberi sumbangan kepada parti, katanya.
“Apabila Peja (Faizal) diminta ‘turun pangkat’ kepada naib presiden, timbul persoalan macam mana kalau berlaku pertandingan beliau kalah,” katanya kepada FMT.
“Jadi ketika…