
PETALING JAYA: Bekas ketua penerangan Parti Bangsa Malaysia (PBM) Zakaria Abdul Hamid yang dipecat keahliannya sebentar tadi membidas presiden parti itu Larry Sng sebagai tidak beretika.
Zakaria menyifatkan pemecatan itu “politik paling kotor” yang pernah disaksikannya, serta menganggap Sng tidak tahu berterima kasih kepada mereka yang telah membantunya selama ini.
“Beliau bertuah mendapat kuasa tanpa berusaha membina organisasi dan tanpa berbelanja satu sen pun.
“Inilah contoh politik tiada etika yang menghalalkan cara demi kuasa dan kepentingan peribadi,” kata Zakaria kepada FMT.
Zakaria bersama Zuraida Kamaruddin antara 11 individu yang digugurkan jawatan dan dipecat dari parti itu.
Keahlian mereka telah ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.
Pemecatan mereka kerana gagal memberi maklum balas kepada…