Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tak Berharap Berjodoh, Sharnaaz Ahmad Dah Menabung Tinggal Di Rumah Orang Tua

today9 May 2023

Background

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengakui pengakuannya mengenai keputusannya untuk tidak lagi mempunyai hubungan bersama wanita selebriti atau pelakon ternyata disalah anggap.

ARTIKEL BERKAITAN: “My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Susulan itu, Sharnaaz menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (IGs) berkata dia tidaklah mencari, namun menentukan segalanya kepada Maha Berkuasa.

“Sebab posting aku nak cari pasangan bukan dikalangan artis. Rata-rata sudah salah anggap.

“Aku tak mencari. Kalau Allah dah tentukan aku ni ada bini, aku terima.

“Jebat ada mummy baru yang pasti bukan pelakon!,” katanya.

Dalam pada itu, sekiranya benar dia tidak mempunyai isteri pada masa akan datang, aktres berkaliber filem Polis Evo 3 ini sudah menabung untuk menetap di rumah orang tua.

“Kalau tak ada, aku dah standby menabung duduk rumah orang tua-tua mewah punya, pakai jaket bulu warna merah sambil isap cigar, tengok hujan rintik ikut tingkap.

“Ada jugak member boleh main dam aji tak pun snuker lucky ball… Happy weekend mat!,” tulisnya.

Sebelum ini, Sharnaaz dikhabarkan mempunyai hubungan bersama seorang wanita,namun memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut secara terbuka.

Terdahulu, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Written by: Aqilah


Previous post