Isu & Kontroversi
Susulan pendedahan warganet di media sosial mengenai seorang pendakwah selebriti yang dikatakan melakukan gangguan seksual, pendakwah bebas PU Syed memohon agar pendakwah terkenal tersebut berhenti daripada mendiamkan diri dan tampil memberi penjelasan terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Menerusi hantaran panjang lebar yang ditulis di Facebook, PU Syed mendedahkan dia ada menerima beberapa rakaman video pendakwah tersebut namun dia masih cuba bersangka baik.
Namun, pemikiran ke arah itu makin meleset selepas semakin ramai mangsa yang tampil kepada pihak berkuasa bagi menuntut keadilan dan kebenaran.
Saya minta *** agar tampil kehadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yg saudara anggap telah memfitnah saudara. Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, namun masyarakat khasnya followers saudara perlu diberi pencerahan setuntasnya.
Dalam pada itu, PU Syed turut mengingatkan semua pihak agar tidak terlampau taksub sehinggakan menutup keburukan…