Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak dapat rokok rumah dibakar

today24 August 2023

Background


Polis berkata suspek mengaku membakar langsir menggunakan pemetik api menyebabkan api marak ke seluruh rumah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sebuah rumah pusaka musnah selepas seorang lelaki membakar langsir kerana berang tidak diberi rokok dalam kejadian di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam semalam, kebakaran rumah dua tingkat separa kekal itu juga memusnahkan empat motosikal lama, selain rumah jiran terbakar di bahagian dapur.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Mohd Asri Shafie, berkata hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

Beliau berkata, suspek berusia 47 tahun itu mengamuk apabila adiknya enggan memberikan rokok diminta.

Katanya, ketika suspek mengamuk, adik lelakinya ke Balai Polis Kepala Batas untuk membuat laporan.

“Ketika dalam perjalanan, dia menerima panggilan telefon yang memaklumkan rumahnya terbakar. Jiran yang tinggal berdekatan memberitahu suspek membakar rumah itu dan berjaya menangkap suspek,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post