Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak dapat tampung berat punca jambatan kabel runtuh, kata exco

today28 September 2024

Background


jambatan kabel
Keadaan jambatan kabel TNB di Projek 275kV, Bayan Lepas yang runtuh kelmarin. (Gambar TNB)

GEORGE TOWN: Jambatan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Projek 275kV, Bayan Lepas runtuh akibat struktur binaan tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata kejadian berlaku di jambatan kabel nombor satu di kawasan syarikat Motorola, sebahagian daripada projek menghala ke syarikat Intel di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau berkata, TNB mengambil tindakan segera dengan menarik keluar kabel, membuka semula pepasangan kabel dan menambah cerucuk di tengah untuk menambah kekuatan jambatan kabel itu.

“Pihak projek grid TNB telah memaklumkan Intel masalah ini. Projek ini dijangka memulakan tugas semula pada akhir November 2024,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, beberapa gambar runtuhan itu tular di media sosial.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA