
PETALING JAYA: M Kulasegaran daripada DAP menggesa rakyat Malaysia untuk terus menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, susulan pengumuman barisan Jemaah Menteri baru-baru ini.
Ahli Parlimen Ipoh Barat itu mengakui kebimbangan dan persoalan ramai orang tentang mengapa beliau dikecualikan daripada Jemaah Menteri.
“Saya menggesa mereka untuk melihat gambaran lebih besar. Inilah Jemaah Menteri yang kita perlukan pada masa ini.
“Jemaah Menteri inilah yang mendapat sokongan semua parti komponen Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut menyeru agar rakyat menyokong rakan separtinya, Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar, yang dilantik menjadi menteri sumber manusia.
Jawatan tersebut dipegang Kulasegaran semasa pentadbiran PH terdahulu, dari Mei…