Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Tak Dingin Dengan Sophia Albarakbah, Nabila Huda Tegur Secara Umum

today17 November 2023

Background

Aktres serba boleh, Nabila Huda menepis dakwaan dia bersikap dingin dengan pelakon kontroversi, Sophia Albarakbah gara-gara memberi teguran mengenai cinta terlarang di luar set penggambaran.

Menurut laporan Berita Harian, Nabila Huda atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata teguran yang dibuatnya itu adalah bersifat umum.

Malah, kata pelakon filem Rahsia ini lagi, dia tidak mempunyai masalah dan bersikap profesional sekiranya bekerjasama dengan Sophia.

“Tak adalah apa-apa isu pun dengan Sophia dan komen itu berkaitan isu semasa (penyondol) yang berlaku pada masa itu.

Tambah Nabila atau lebih mesra disapa Abil ini, dia menegaskan tidak pernah mencampuri urusan peribadi mana-mana selebriti sebaliknya hanya lantang beri pendapat.

“Saya tak pernah nak masuk campur dan tak ada perasaan buruk kepada sesiapapun. Saya tak nak bermusuh dengan orang.

“Rasanya ramai yang sudah tahu cara saya yang agak lantang dalam memberikan pendapat.

“Jadi, saya harap apa yang saya katakan dapat diterima dengan hati terbuka. Saya hanyalah pelakon senior yang tak mahu isu-isu sebegitu menghancurkan kerjaya masing-masing.

“Kalau rasa nak jujur sebagai pelakon, lakukan sahaja. Kalau nak pilih jalan itu (jadi orang ketiga ), terpulang. Ia tiada kena mengena dengan saya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Β β€œIa Memalukan! Pergi Set Bukan Untuk Meny*ndal” – Nabila Huda Anggap Isu Pelakon Ganggu Rumah Tangga Boleh Rosakkan Industri

Sumber: Berita Harian

Written by: Aqilah