Sayap pemuda mahu menjadikan Selangor sebagai contoh kepada negeri lain menerusi kerjasama erat dalam gabungan kerajaan perpaduan.

SHAH ALAM: Sayap pemuda parti gabungan dalam kerajaan perpaduan di Selangor bertekad akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada siapa sahaja yang menjadi calon pada PRN akan datang.
Ketua Pemuda PKR Selangor, Izuan Kasim, berkata beliau mahu menjadikan Selangor sebagai contoh kepada negeri lain menerusi kerjasama erat antara pemuda dalam kerajaan perpaduan.
“Siapa pun dipilih bertanding di DUN Selangor, kita akan beri sokongan penuh tidak kira parti mana,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Pemuda Perpaduan Selangor.
Dalam majlis itu, kesemua sayap pemuda parti gabungan dalam kerajaan perpaduan di Selangor hadir…