Penyanyi Sissy Iman berkongsi keterujaan apabila dipilih menjadi pengacara bagi majlis pernikahan rakan baiknya, Amira Othman dan pelakon, Fattah Amin yang dijadualkan berlangsung pada 14 September ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini
Artikel Berkaitan: ‘Takkan Lah Tak Sedih Kakak Kahwin, Tapi Hubungan Kami Adik-Beradik Tetap Sama’ – Irfan Haris
‘Nasib baik sayang..’

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Sissy atau nama lengkapnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, berkongsi perbualan tangkap layar bersama Amira yang pada awalnya mahu memberikan jemputan kepada Sissy.
Namun ternyata, tanpa menyedari bahawa sahabatnya itu sebenarnya sudah ditugaskan secara rasmi untuk mengendalikan majlis tersebut.
Nasib baik sayang… Jadi tak kisahlah datang majlis kena kerja waktu tu.
Pada Isnin, Fattah Amin, 35, membuat kejutan ketika majlis pelancaran single baharu Amira Othman dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.
Pelakon filem Pendekar…