Hot FM

Tak mahu lawan abang, Kazim mohon maaf tarik diri calon Larut



Kazim Elias sebelum ini dinamakan sebagai calon BN Parlimen Larut sebelum menarik diri tidak sampai 24 selepas pengumuman dibuat. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penceramah bebas ustaz Kazim Elias berkata penarikan dirinya daripada mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut kerana tidak mahu bertanding di kerusi yang turut meletakkan adik-beradiknya sebagai calon.

Menurutnya, beliau berpegang kepada prinsip itu sekali gus menyebabkannya menarik diri bagi memberi laluan kepada abang, Mohd Najmuddin yang bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Batu Kurau, bawah Parlimen Larut.

“Pengundi-pengundi di Larut, saya minta maaf. Walaupun (bukan sebagai calon), saya berjanji turun ke Larut sebagai pendakwah. Saya akan bantu apa yang boleh untuk sahabat dan saudara-mara saya di Larut, Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau.

“Insya-Allah, Larut dan seluruh kawasannya tetap di hati saya,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Kazim sebelum ini…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version