
PETALING JAYA: PAS Gua Musang berharap calonnya diberi laluan bertanding PRK DUN Nenggiri dengan alasan wujud kebimbangan pengundi yang bimbang episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.
Yang Dipertuanya Azman Ahmad mendakwa tindakan Mohd Azizi Abu Naim dari Bersatu berpaling tadah selepas menang memberi kesan di kalangan pengundi di kerusi terletak bawah Parlimen Gua Musang berkenaan.
Parlimen itu turut diwakili Azizi yang kini menunggu keputusan Speaker Parlimen Johari Abdul sama ada beliau perlu mengosongkannya atau sebaliknya, susulan notis dikemukakan Bersatu pada 20 Jun lalu.
“Akibat tindakan itu, pengundi rasa ragu-ragu…mereka yakin dengan (wakil) PAS berbanding segelintir dari Bersatu yang terbukti ada melompat (Azizi alih sokongan).
“Jadi mereka bimbang…