Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Tak Mahu Tinggalkan Dengan Pembantu, Anzalna Nasir Bawa Anak Pergi Kerja

today21 March 2025

Background

Pelakon, Anzalna Nasir memilih untuk tidak akan sesekali meninggalkan anak-anaknya di bawah jagaan pembantu rumah, sebaliknya lebih sanggup membawa mereka ke kerja.

Menerusi sebuah perkongsian video di TikTok, Anzalna atau nama lengkap Nur Anzalna Md Nasir, 37, mengutamakan keselamatan anak-anaknya dan tidak meletakkan kepercayaan kepada orang luar.

Dalam muat naik sama, Anzalna turut memaklumkan dia sanggup menolak tawaran kerja di saat akhir demi anak-anak meskipun menerima bayaran tinggi.

@anzalnanasir

If my family tak available to look after my kids, I’ll take them with me to work. No matter what job I have, I will never leave my kids with a helper NEVER! My kids are my priority, and I will never leave them with someone I don’t trust. Penat memang penat, but knowing they’re safe with me is all that matters. I juga sanggup tolak job last minit walaupun bayaran tinggi kalau anak tak sihat, sebab duit boleh dicari. Biarlah orang nak cakap apa,I yang lahirkan mereka, and my kids are the most precious gift in my life. I akan jaga amanah Allah ini sebaik mungkin selagi I hidup, InshaAllah.

♬ Bukan Cinta Biasa – Afgan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dalam kalangan wanita turut meluahkan pendapat sama yang tidak sanggup meninggalkan anak mereka dengan orang luar kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Ada juga netizen yang memuji Anzalna seorang wanita yang bukan sahaja bekerjaya, malah juga wajar dijadikan contoh sebagai seorang ibu yang sangat bertanggungjawab.

Written by: Salma


Previous post

Sukan

5,878 tiket sudah terjual

Kuantan: Sebanyak 5,878 tiket final Piala Malaysia antara Sri Pahang FC berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 26 April depan, sudah terjual setakat semalam.

today21 March 2025