Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tak Malu Dipanggil Janda, Raja Azura Bahagia Dengan 3 Anak

today13 May 2022

Background

Pelakon Raja Azura mendedahkan dia sering menerima pertanyaan mengenai pengganti teman hidup selepas menjadi ibu tunggal kepada tiga orang anak selama 12 tahun.

Menurut Raja Azura atau nama sebenar Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, dia mengakui tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi kerana tidak mahu berdepan dengan masalah keluarga.

β€œSelalu orang tanya soalan itu (pengganti teman hidup). Pertama sekali saya nak tahu, sebenarnya dalam perkahwinan ini apa tujuannya? Apa misi sebenarnya? Nak teman hidup? Anak-anak macam mana?

β€œAdakah teman hidup boleh terima? Lepas itu nak kena kenal lagi ipar duai yang tak tahu mereka suka atau tidak dekat kita. Lagi pula kita kenal orang berduit, dah orang ingat kita ini nak harta adik-beradik dia pula.

β€œJadi benda-benda macam ini saya tak suka. Sebab pengalaman yang berlaku pada hidup saya ini sudah cukup. Saya dah pernah berkahwin, dah ada tiga orang anak. Syukur dapat besarkan mereka,” katanya.

Memetik laporan mStar, Raja Azura, 49, berkata kehidupannya kini sudah cukup bahagia bersama tiga orang anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.

β€œSaya bahagia dengan anak-anak… saya tak perlu ada pasangan hidup. Orang nak pasangan hidup sebab nak kebahagiaan. Tapi Alhamdulillah, saya masih okay dan rezeki masih anak-anak,” katanya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah malu dengan status janda dan sentiasa menjaga nama dan maruah keluarga termasuk bekas bapa mentua.

β€œSaya tak ada masalah dengan status janda. Pada hakikatnya memang betul pun kita janda. Bagi saya, yang penting kena jaga tertib. Kita tahu kita ini ibu tunggal, jadi kena tahu tertib sebagai seorang janda.

β€œYang penting jaga adab sebab saya ada anak yang bersekolah dan perlu menjaga kedua-dua ibu bapa saya. Walaupun saya dah berpisah dengan bekas suami tapi masih ada bapa mentua.

β€œDia tetap bapa mentua saya sampai mati. Bila kita jaga semua ini, kita dah tak kisah orang panggil janda. Saya tak pernah rasa kecil hati sebab hakikatnya saya adalah janda yang tahu jaga tertib dan maruah keluarga,” ujarnya.

Raja Azura pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Haji Aroff pada Mac 2001 namun bercerai pada 28 September 2010.

Written by: Aqilah


Previous post