Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak masuk akal bubar PAS, pemimpin kata Umno ditolak rakyat pada PRU15

today13 January 2026

Background


iskandar abdul samad zahid hamidi
Bendahari PAS, Iskandar Samad, kata kerusi PAS kini lebih banyak berbanding Umno.
PETALING JAYA:

Seorang pemimpin PAS menyifatkan harapan presiden Umno agar PAS terbubar hanya kerana Umno meminda perlembagaannya sebagai tidak masuk akal.

Bendahari PAS, Iskandar Samad, sebaliknya berkata Umno yang wajar menilai semula kewujudannya berdasarkan prestasi parti itu pada PRU15.

“Kalau betul nak bubar, bubarlah Umno kerana Umno ditolak rakyat pada PRU lepas,” katanya kepada FMT.

“PAS telah diterima oleh rakyat, terutama umat Islam. Buktinya kerusi PAS jauh lebih banyak daripada kerusi Umno. Tak masuk akal nak bubar PAS.”

Iskandar mengulas kenyataan Zahid Hamidi, yang berharap PAS akan terbubar selepas Umno memasukkan agama Islam dalam perlembagaannya pada 2019, pada penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia di Pusat Dagangan Dunia, petang tadi.

Zahid mendakwa, bekas mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat pernah berkata PAS akan dibubarkan jika Umno meletakkan Islam dalam perlembagaannya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post