
PETALING JAYA: Pertukaran penempatan pegawai perubatan (MO) pada saat akhir tidak patut berlaku kerana keputusan seperti itu adalah sesuatu yang telah melalui perancangan sewajarnya, kata bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Katanya melainkan wujud alasan sahih seperti kecemasan atau tindakan disiplin, MO mesti diberi notis sewajarnya mengenai penempatan mereka.
“Semua ini sepatutnya operasi yang dirancang, ia bukannya kecemasan jadi kenapa pula dibuat saat akhir?
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri maklum bahawa kakitangan kerajaan tidak boleh dipindahkan dalam tempoh 24 jam. Ia tidak masuk akal,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, JPA dan kementerian kesihatan sepatutnya berkomunikasi dan memastikan itu tidak berlaku kerana doktor terlibat perlu diberi masa untuk membuat persediaan termasuk melibatkan ahli keluarga.
Lee berkata ada…