PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kayat berkata pembangkang tidak wajar mempersendakan gambarnya merasmikan besi penutup longkang sebuah sekolah di Johor Bahru dan mereka tidak memahami konteks sebenar.
Menurutnya, beliau memenuhi undangan sekolah kebangsaan di Pulai itu untuk meninjau bantuan Projek Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan menerusi peruntukan pejabatnya.
Katanya, sekolah itu memohon bantuan berkenaan kerana banyak kes pelajar terjatuh ke longkang tanpa besi penutup.
“Berikutan isu keselamatan murid sekolah, penutup longkang bagi semua empat blok sekolah berkenaan dibekalkan menerusi bantuan peruntukan PMR dari Pejabat Parlimen Pulai.
“Sekolah berkenaan kemudian mengundang saya meninjau bantuan besi penutup longkang sudah dibekalkan. Perasmian itu adalah permintaan pihak sekolah yang ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan…