Site icon Hot FM

Tak pelik Ahli Parlimen PKR sendiri beria cadang jalan tukar Anwar, bidas Wan Saiful


Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berkata para wakil PKR bertanggungjawab atas kegagalan Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen pembangkang menolak ‘nasihat’ Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim supaya mereka memfailkan segera usul tidak percaya terhadap Anwar Ibrahim sebelum Dewan Rakyat mula bersidang bulan depan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mendakwa cadangan itu menunjukkan ada dalam kalangan wakil rakyat PKR tidak berpuas hati dengan kualiti kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri kerana gagal melaksanakan janji reformasi yang dicanang sekian lama.

“Tak pelik jika Ahli Parlimen PKR sendiri beriya-iya mencadangkan jalan menukar Anwar,” katanya kepada FMT.

“Saya nasihatkan kepada wakil rakyat PKR dan lain-lain Ahli Parlimen dalam kerajaan, kamu bertanggungjawab atas kegagalan Anwar menjaga kebajikan rakyat. Kamu bertanggungjawab atas kegagalan Anwar mengawal kenaikan kos sara hidup.

“Kamu bertanggungjawab atas kegagalan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version