Hot FM

Tak pelik jika Bersatu musuhi Umno, mereka tiada kekuatan, kata Nazri



Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz, berkata Bersatu jugalah yang mencuri Ahli Parlimen Umno dan mengkhianati rakan dalam Pakatan Harapan (PH).

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen Umno berkata, beliau tidak berasa pelik jika Bersatu memusuhi Umno selepas presidennya, Muhyiddin Yassin menganggap bekas partinya itu adalah musuh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz, menegaskan Bersatu bukan sahaja gagal menandingi kekuatan Umno malah gagal mendapat sokongan Melayu pada PRU lalu.

“Disebabkan Bersatu tidak mendapat sokongan orang Melayu, mereka ‘mencuri’ beberapa Ahli Parlimen Umno untuk menguatkan partinya.

“Selepas PRU14, Bersatu cuma ada 13 Ahli Parlimen, lebih dua sahaja berbanding Amanah, sebab itu mereka curi Ahli Parlimen Umno yang tidak ada pendirian,” katanya menurut Astro Awani.

Jelas Nazri lagi, setelah mencuri Ahli Parlimen Umno, Bersatu mengkhianati rakan mereka dalam PH…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version