
PETALING JAYA: Seorang penganalisis menyifatkan tindak balas Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh baru-baru ini terhadap kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal sebagai keterlaluan, dan berkata, tindakan agresif tidak perlu untuk meraih sokongan Melayu.
Isu itu timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mendedahkan pada awal bulan ini bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mempertimbangkan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan penyedia makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.
Membantah langkah itu, Kok berkata, kerajaan seharusnya membenarkan pengusaha memutuskan sendiri sama ada hendak mendapatkan sijil halal atau tidak, bukannya memaksa.
Akmal yang juga Adun Merlimau bertindak…