

Semua parti dalam kerajaan perpaduan tidak perlu bimbang dengan penganjuran kongres khas DAP pada 12 Julai ini kerana ia platform untuk bermuhasabah dan menilai prestasinya dalam kerajaan.
Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat, Steven Sim, berkata parti itu tidak akan mengkhianati kerajaan semasa atau membelakangkan kepentingan rakyat.
“Saya tahu ada segelintir pemimpin parti komponen yang mungkin bimbang apabila Setiausaha Agung DAP (Loke Siew Fook) mengumumkan kongres khas akan diadakan bagi membincangkan kedudukan DAP dalam kerajaan perpaduan. Saya ingin tegaskan jangan bimbang.
“Apa jua keputusan DAP, kita tidak akan mengkhianati dan membelakangi kepentingan rakyat,” katanya berucap pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di sini.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon…