Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak perlu bincang DUN Mahkota di media, tegas Mat Sabu

today5 August 2024

Background


Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata isu tuntutan kerusi DUN Mahkota belum dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi kerajaan perpaduan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mohamad Sabu menegaskan isu tuntutan DUN Mahkota tidak perlu dibincangkan di media, dan menyeru semua pihak terutama ahli Amanah tumpu pada PRK Nenggiri.

Katanya, tuntutan itu tidak perlu dibincangkan di media memandangkan isu itu masih belum dibincangkan pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan perpaduan.

“Saya menyeru semua pihak dalam kerajaan perpaduan terutama ahli Amanah untuk memberikan tumpuan penuh kepada PRK Nenggiri yang sedang dipertandingkan sekarang,” katanya dalam kenyataan.

Perselisihan antara pemimpin negeri kedua-dua parti tercetus apabila Amanah Kluang menuntut diberi laluan di DUN Mahkota, susulan kematian penyandang, Sharifah Azizah Syed Zain, pada Jumaat lepas.

Membidas tindakan tersebut, Pemuda Umno Johor menggesa agar tuntutan kerusi dibincangkan.

Justeru, Exco Pemuda Amanah Fadhli…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Jason Thomas


Previous post