Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak perlu kebenaran DBKL untuk berhimpun di Padang Merbok, putus mahkamah

today21 October 2026

Background


Court of Appeal Mahkamah rayuan
Mahkamah Rayuan dapati polis langgar hak perlembagaan empat bekas pemegang jawatan Majlis Peguam tetapi kekalkan keputusan tolak tuntutan tahanan salah oleh polis.
PUTRAJAYA:

Badan Peguam dan empat bekas pemegang jawatan Majlis Peguam diberi ganti rugi berjumlah RM59,449 selepas Mahkamah Rayuan mendapati polis melanggar hak perlembagaan mereka dengan mengenakan sekatan yang menyalahi undang-undang terhadap perarakan kebebasan kehakiman pada 2022.

Dalam membenarkan sebahagian rayuan Majlis Peguam, panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Choo Kah Sing memberikan ganti rugi khas sebanyak RM19,449 kepada Majlis Peguam, dan RM10,000 setiap seorang kepada bekas pemegang jawatan Karen Cheah, Ezri Abdul Wahab, B Anand Raj dan Murshidah Mustafa.

Hakim Faizah Jamaludin dan Lim Hock Leng turut menganggotai panel itu.

Ketika menyampaikan penghakiman, Choo berkata kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak diperlukan bagi perhimpunan di Padang Merbok, bertentangan dengan dapatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post