Site icon Hot FM

Tak perlu subsidi beras, kata bos Mydin


Ameer Ali Mydin berkata, kerajaan sepatutnya meneliti bekalan beras tempatan, susulan kenaikan harga beras import.

PETALING JAYA: Kerajaan tidak perlu memperkenalkan subsidi beras sebagai kaedah mengawal harga beras, kata ahli perniagaan terkenal, Ameer Ali Mydin.

Pengarah urusan Mydin itu berkata, Malaysia mempunyai mekanisme sedemikian dengan kawalan harga ke atas beras tempatan SST (5% hancur) RM26 bagi pek 10kg.

“Jadi, saya fikir kita tidak patut hilang fokus dengan subsidi lain yang akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung lebih banyak wang,” katanya kepada FMT.

Ameer Ali Mydin.

“Isunya sekarang bukan harga beras tempatan, tetapi bekalan beras tempatan kerana nampaknya ia tiada di rak semua pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka.”

Jika sebarang bentuk subsidi difikirkan perlu, beliau mencadangkan sokongan buat pengeluar beras tempatan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dan keuntungan mereka.

Ameer mengulas cadangan Ismail Awang, presiden Persatuan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version