Hot FM

Tak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS


Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali kata tidak perlu tunggu PRN untuk jalin kerjasama dengan GRS.

PAPAR: Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu PRN17.

Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama, ia perlulah dimulakan sekarang sebelum PRN yang dijangka diadakan pada tahun depan.

“Sekarang ada tempoh setahun lagi (sebelum PRN17), bekerjasamalah dengan kerajaan. Tunjukkan keikhlasan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan di Jalan Sabindo dan menerima taklimat daripada Kementerian Kerja Raya di Kampung Suangon.

Armizan berkata sebarang kerjasama dengan pihak lain akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi GRS.

Sebagai gabungan parti yang terdiri daripada pelbagai parti tempatan, keputusan tidak diambil secara bersendirian tetapi mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, katanya.

Komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version