Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak pernah dengar ‘Langkah Dubai’, kata pemimpin GPS

today30 December 2023

Background


Fadillah Yusof berkata keutamaan GPS ialah mempunyai kerajaan stabil dan kukuh, selain mereka memfokuskan pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak khabar angin berhubung “Langkah Dubai” dengan mengulangi sokongan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fadillah Yusof berkata beliau tidak pernah dengar mengenai cubaan menggulingkan kerajaan semasa dan Ahli Parlimen GPS “tiada masa melayan drama politik” kerana memfokuskan ekonomi negara.

“Saya tidak tahu. Apa yang pasti ialah GPS berulang kali mengulangi keutamaan kami ialah mempunyai kerajaan stabil dan kukuh.

“Kami mahu fokus semua usaha atas pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya dipetik Borneo Post.

Spekulasi “Langkah Dubai” timbul susulan perbincangan pemimpin pembangkang dan wakil tertentu kerajaan ketika lawatan mereka ke ibu negara Emiriah Arab Bersatu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Lloris sedia ke Los Angeles FC

London: Hugo Lloris yang menjadi ketua pasukan ketika Perancis muncul juara Piala Dunia 2018 akan berpindah ke kelab MLS, Los Angeles FC selepas menamatkan kontraknya dengan Tottenham.

today30 December 2023