Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak praktikal, kata pendidik berkait cadangan pinda Akta Pendidikan wajibkan BI

today10 February 2024

Background


Anuar Ahmad berkata kerajaan sepatutnya memfokuskan untuk meningkatkan keberkesanan mengajar Bahasa Melayu dan Inggeris di sekolah.

PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai pendidikan dan seorang pendidik menolak cadangan seorang timbalan menteri Sarawak yang mahu Akta Pendidikan dipinda bagi memastikan pelajar mahir dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Bekas ketua pengarah pendidikan, Alimuddin Mohd Dom, bimbang tentang kecukupan guru yang terlatih, terutamanya di kawasan luar bandar dan terpencil, untuk mengajar Bahasa Inggeris secara berkesan.

“Bahasa Inggeris sama seperti mata pelajaran seperti Matematik dan Sains di mana pelajar perlu diajar dan dibimbing oleh guru,” katanya kepada FMT.

“Tanpa guru, pelajar akan mendapati ia sukar untuk diikuti. Berbeza dengan mata pelajaran seperti Sejarah, Pengajian Agama atau Geografi, (di mana) pelajar boleh memahami konsep atau topik dengan membaca buku teks atau buku rujukan.”

Jika tujuannya adalah menjadikan lulus Bahasa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Lynelle Tham


Previous post