Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tak Rancang Zuriat, Yonnyboii & Isteri Sedia Jadi Ibu Bapa Muda

today30 September 2022

Background

Baru-baru ini, penyanyi Yonnyboii, 24, dan isterinya, Nik Nazira Narriman, 23, akui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa di usia muda walaupun perkahwinan yang dibina belum mencecah setahun.

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin memaklumkan bahawa dia dan Nazira tidak pernah merancang soal anak sejak berkahwin.

Memetik laporan Harian Metro, Yonnyboii hanya berserah mengenai soal zuriat dan tidak mampu untuk mengatakan bersedia atau tidak.

β€œBagi saya, kami berserah kerana perihal itu kita tak boleh sedia pun. Tak tahu macam mana nak mula, nak tangani, tapi kalau boleh saya memang nak adalah satu (anak).

β€œKami tak merancang pun, kami β€˜buat’ saja, asal jadi,” ujar Yonnyboi kepada Harian Metro.

Malah, pelantun lagu Sakit itu turut menjelaskan bahawa dia dan isteri masih dalam fasa bulan madu kerana sentiasa bersama ke mana sahaja supaya tidak timbul rasa rindu.

β€œIsteri saya selalu ikut teman di mana saya bekerja. Kalau dia ada kerja, saya yang akan pergi teman dia. Perkahwinan kami baharu menghampiri setahun dan saya tak sanggup untuk rindu dia lagi.

β€œSaya kalau dia jauh, saya tak senang hati. Ke mana saja pergi bersama supaya saya tak payah nak rasa tak senang hati kalau apa-apa terjadi,” katanya.

Bukan itu sahaja, Yonnyboii mendedahkan bahawa isterinya sanggup untuk menolak tawaran berlakon kerana tidak mahu berjauhan.

β€œTempoh hari, isteri ada dapat tiga tawaran lakonan tapi dia tolak. Tapi dia tak kisah sebab ketika itu dia pentingkan saya dulu,” jelasnya lagi.

Untuk info, Yonnyboii dan Nazira telah mendirikan rumah tangga pada 20 November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post