Hot FM

TAK RASMI: PN pertahan Sg Bakap, peratus keluar mengundi rendah


RESULT POLL PH CENTER
Papan kiraan undi di pusat Pakatan Harapan memaparkan kiraan tidak rasmi bagi PRK Sungai Bakap.

PETALING JAYA: Perikatan Nasional dijangka berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang, menurut keputusan tidak rasmi.

Selepas sejam mengira undi, Abidin Ismail dipercayai memperoleh lebih 14,000 undi berbanding 9,600 undi untuk calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin.

Terdahulu, pemerhati pilihan raya melaporkan peratusan keluar mengundi yang rendah, iaitu 68% menurut kiraan tidak rasmi. Dikatakan lebih ramai pengundi Melayu yang keluar mengundi berbanding pengundi Cina dan India.

Bagi pilihan raya kali ini, kira-kira 39,279 orang layak mengundi.

Polis berkata pengundian yang berlansung dari 8 pagi hingga 6 petang berjalan lancar.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian Nor Zamri Latiff pada Mei. Beliau menewaskan calon PH dengan majoriti 1,563 undi.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version