PETALING JAYA: Penganalisis politik menyifatkan gesaan seorang bekas menteri supaya Sarawak menerajui politik kebangsaan sebagai tidak realistik.
James Chin dari University of Tasmania berkata idea bekas menteri undang-undang Zahid Ibrahim itu tidak sepatutnya dipandang serius kerana organisasi Melayu di Semenanjung Malaysia tidak cenderung menerima pemimpin politik dari Sarawak untuk jawatan tertinggi.
Katanya, jawatan paling tinggi mungkin diberikan kepada pemimpin Sarawak mungkin setakat timbalan perdana menteri.
“Mereka (pemimpin Sarawak) sedar masyarakat Melayu tidak mungkin menerima mereka. Jadi mereka tidak akan mencuba pun,” katanya kepada FMT.
“Apa yang mereka mahu adalah untuk mempengaruhi kerajaan persekutuan bukannya mentadbir kerajaan persekutuan.”
Jayum Jawan dari Universiti Malaysia Sarawak berkata…