Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Tak sampai 24 jam’, Pemuda BN tegur pemimpin Amanah tuntut kongsi kuasa

today29 September 2024

Background


Setiausaha Pemuda BN Hafiz Ariffin kata BN tidak buat apa-apa tuntutan selepas sehabis baik memenangkan Amanah pada PRK Pulai dan Simpang Jeram. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) menegur ketua Pemuda Amanah kerana menuntut berkongsi kuasa tidak sampai 24 jam selepas PRK DUN Mahkota selesai.

Hafiz Ariffin berkata ramai pihak di Johor merasakan kenyataan Hasbie Muda seperti ‘lebih lajak dari laju’.

“Tidak sampai 24 jam selesai PRK Mahkota, terus ada tuntutan berkenaan perkongsian kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Hafiz menarik perhatian kepada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September tahun lalu, mengingatkan BN tidak buat apa-apa tuntutan selepas sehabis baik memenangkan Amanah.

“Jangan nanti orang lihat dan merasakan ada sifat ‘gelojoh’ dalam hasrat yang diajukan,” tambahnya.

Dalam teguran ini, Hafiz masih menyifatkan Amanah sebagai ‘rakan dalam keluarga Perpaduan’.

Beliau berkata Hasbie patut utamakan hubungan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post