Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Tak Selera Nak Beli Rumah” – Diana Danielle Luah Pendapat Mengenai Harga Kediaman Yang Mahal

today12 September 2024

Background

Pelakon dan pengacara, Diana Danielle berpendapat adalah tidak berbaloi untuk membeli rumah di Malaysia buat masa ini memandangkan harga dan tahap keluasan rumah tidak berpatutan.

Katanya menerusi ciapan di platform X, pemilik rumah akan berdepan dengan msalah sekiranya ingin menjual semula kediaman mereka memandangkan tidak ada yang mahu membeli kediaman tersebut disebabkan harga pasaran yang terlalu tinggi.

“Tak ada selera nak beli rumah di Malaysia nowadays… semua size kotak kasut harga setengah juta.

“Nak let go nanti, tak ada buyer… last-last jual dengan menanggung kerugian. Beli emas je tak sakit hati,” ciapnya.

 

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil ini mengakui, adalah lebih baik melabur dan membeli emas dek kerana harga pasaran emas lebih stabil berbanding membeli kediaman.

“Beli emas je tak sakit hati,” tambahnya.

Menjenagh ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan aktres jelita itu.

Written by: Salma


Previous post