
PETALING JAYA: Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu malam tadi.
Mangsa, Muhammad Haniff Idham Mohd Azmi, 24, dan Nurshabirah Izzani Zulkarnain, 22, kedua-duanya berasal dari Kuala Terengganu.
Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku pada 10.30 malam selepas kereta Perodua Myvi dipandu Haniff dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik pasukan penyelamat dari arah belakang.
Beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa yang bekerja sebagai peniaga bersama bakal tunangnya terbabas lalu melanggar pokok hiasan di tengah pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan.
Katanya, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang datang dari arah Gong…