
PETALING JAYA: Seorang pengasuh ditahan selepas dipercayai menampar bayi berusia lapan bulan kerana sering muntah, dalam kejadian, pada Rabu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Kamaruzaman Elias, berkata polis menerima laporan pada 12 Jan, pada jam 11.29 malam, daripada seorang wanita mendakwa anak bongsunya ditampar pengasuh.
“Semasa mengambil anak-anaknya dari rumah pengasuh, ibu mangsa mendapati pipi sebelah kanan bayi berkenaan kemerah-merahan.
“Siasatan dijalankan mendapati, pengasuh seorang wanita berusia 48 tahun mengaku tidak sengaja menampar pipi mangsa yang pada masa itu berada dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah,” katanya dalam kenyataan.
Kamaruzaman berkata, polis membuka kertas siasatan dan…