Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak seperti Kelantan, Umno tetap kerjasama dengan PAS di Selangor, kata Noh

today23 January 2022

Background



Noh Omar berkata Selangor berbeza berbanding negeri lain kerana di negeri itu Umno dan PAS adalah pembangkang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pendirian Umno Selangor berlawanan dengan Kelantan apabila mahu meneruskan kerjasama dengan PAS seperti diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) lalu.

Ketua Umno Selangor, Noh Omar, berkata Umno dalam Barisan Nasional (BN) dan PAS adalah pembangkang di negeri itu, dan tidak ada masalah untuk meneruskan kerjasama antara kedua-dua parti.

“Kami di Selangor ini berbeza sedikit berbanding negeri lain sebab di Selangor Umno pembangkang, PAS juga pembangkang.

“Kalau kita lihat sejarah, Muafakat Nasional ini ditubuhkan waktu Umno jadi pembangkang di Parlimen…PAS juga jadi pembangkang di Parlimen ketika itu.

“Bila kita bersama jadi pembangkang suara kita sama, maka tertubuhlah MN. Jadi, konsep dan semangat itu juga sama di Selangor,” katanya menurut laporan MalaysiaGazatte.

Mengulas lanjut, Noh berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Biar reda dulu – Norza

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika ini tidak mahu memberi komen lanjut berhubung situasi yang dialami membabitkan badan induk itu dengan pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia.

today23 January 2022