
IPOH: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mental, yang mendakwa sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga, memohon bantuan mana-mana pihak untuk menyediakan rumah atau bilik pada harga murah kerana sudah tidak sanggup tinggal bersama suaminya.
Mangsa, 36, yang hanya ingin dikenali sebagai W, berkata dia berkenalan dengan suaminya, 40, melalui segmen kenalan di majalah dan berumah tangga pada 2014.
“Semuanya tidak seindah yang disangka apabila suami saya mula menunjukkan sisi gelapnya dua minggu selepas perkahwinan dengan perlakuan membuang dan mencampak barang di dalam rumah serta memukul saya.
“Kini, saya mendapat bantuan bayaran sewa rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450. Saya ingin keluar dari rumah ini serta memulakan hidup baru dan memohon bantuan orang ramai yang sudi menawarkan rumah atau bilik pada harga yang…