Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata laporan mendakwa ada gerakan untuk menggugat kerajaan perpaduan berpandukan ‘khabar angin’.

PETALING JAYA: Presiden MCA, Wee Ka Siong, menepis dakwaan beliau sebahagian Ahli Parlimen yang didakwa ingin menumbangkan pentadbiran Anwar Ibrahim.
Terdahulu, laman The Vibes menamakan Wee sebagai salah seorang daripada 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mungkin terlibat dengan Perikatan Nasional dalam suatu rancangan yang didakwa untuk menyingkir Anwar.
“Sebuah portal berita yang bersandarkan kepada ‘sumber maklumat tanpa nama’ dilihat cuba mengarang berita kononnya ada gerakan untuk menggugat kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar.
“Sesiapa sahaja boleh menulis mengikut cita rasa masing-masing berpandukan khabar angin. Namun bagi saya sendiri sebagai presiden MCA dan parti saya, kami tidak tahu tentang percubaan menggulingkan kerajaan seperti mana yang dilaporkan,” katanya di Facebook.
Wee menegaskan MCA tidak akan…