
TAPAH: Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil membatalkan hasrat merebut jawatan naib presiden, sebaliknya hanya akan bertanding kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti bulan depan.
Menurutnya, beliau berbuat demikian untuk membantu memperkukuhkan parti menjelang PRU16.
“Kita perlu lebih kuat dari sekarang kerana kita lihat cabarannya besar…Saya tawar diri bantu perkemas gerak kerja parti di peringkat MPP, tiba masanya nanti saya akan turun berkempen,” katanya selepas menghadiri Hari Bersama Komuniti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Ayer Kuning.
Pada 16 Mac lalu, Fahmi mengumumkan hasrat bertanding jawatan naib presiden PKR demi menabur bakti kepada parti.
Jangan umum projek kerajaan sepanjang kempen PRK
Fahmi yang juga menteri komunikasi mengingatkan pihak berkuasa supaya tidak mengumumkan sebarang projek kerajaan sepanjang…