
PETALING JAYA: Kelangsungan politik Perikatan Nasional tak akan mati walaupun mereka menolak memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan untuk pembangkang, tegas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Wan Fayhsal berkata beliau secara peribadi tak ada masalah sekiranya tidak diberi peruntukan, namun pemerintah harus telus tentang ke mana ia disalurkan supaya beliau boleh beri penjelasan kepada rakyat di kawasannya.
“Tidak menerima peruntukan itu bukan perkara yang kiamat dalam politik kami, malah ianya akan membantu kami dapat lebih sokongan dalam PRU16,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru oleh Astro Awani malam tadi, bersama setiausaha politik kepada menteri kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim; dan pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai.
“Tetapi saya minta kerajaan nyatakan sebanyak mana yang diturunkan daripada ICU…